AB amat meminati bonsai sejak dari kecil, tapi masa tu kurang ilmu lagi.. tak tau cara macam mana nak mula..sekarang boleh belajar macam macam dari sifu-sifu bonsai..semua di hujung jari..kalau ikut masa kecik-kecik dulu banyak perdu pokok yang boleh dibonsaikan.
Jadi inila bonsai pertama yang AB cuba buat..ambil tunggul bunga kertas yang hampir mati dari rumah mertua AB (tahu 2011)..Ditukarkan tanahnya..potong akar dan angkat keatas..nampak macam kaki org pulak ( silat style )
Selepas sebulan ( cuma siram dan letak di tempat redup ) sudah keluar tunas dan memanjang. Re-port kedalam pastu Bonsai.
Inilah Hasilnya setelah hampir setahun diberi perhatian..dulu semua orang kata, wat ape la AB tanam tunggul kayu.. Bukan cantik pun, menyemak je.. Tapi sekarang..