Monday, December 15, 2014

Bonsai Sinai

Proses hampir setahun..


Tuesday, February 25, 2014

Projek Bunga Kertas II


Selepas seminggu tunggul dipindahkan kedalam pasu bonsai..galak mengeluarkan tunas baru..Terus dinikahkan dengan berberapa tunas dari warna yang pelbagai..Alhamdulillah semua cantuman berjaya. Teknik ajar tunas ikut dawai awal2..bunga kertas ni jenis tunas cepat keras dan sukar dibentuk..


Selepas kurang lebih sebulan

Water Lily @ Mini Teratai


Pemberian dari teman AB..Water Lily..Sungguh cepat membiak..baru seminggu dah nak tertutup permukaannya..mesti selalu buang daun yang x berkenan untuk beri keselesaan pada makhluk yang menghuni tong sampah ni..(Ikan Guppy )Rasa bunganya warna purple..bila la nak keluar..

Pokok ni sangat bagus untuk menjernihkan air dan oksigen semulajadi untuk ikan2..happy deme duk dalam ni

Tuesday, December 17, 2013

Santalia Pertama Ku

Waktu ni AB sibuk cari pokok ni sebagai koleksi..Tapi payah nak jumpa. Kat nursery pun payah nak dapat..Tetiba satu petang dapat offer dari Aunty Tang sebelah rumah. Dia nak clear porch dia. Pokok2 pun dah xsempat nak cara. jadi dia hadiahkan beberapa pokok bonsai yang AB tgk dah x terurus..sebabkan minat pokok dan lama dah mencari, terima juga la..


                                                  
                                                      ( Rupa waktu mula diambil )

                                                 
                            (Pandangan sisi Selepas dibuang ranting & daun & wiring )

  
Selepas bebepa hari..cepat sungguh keluar tunas baru..Masa ni kena rajin potong tunas supaya tumbesaran daun sekata dan kecil.

Thursday, November 14, 2013

Bonsai Bunga Kertas Junjung Sirih

AB amat meminati bonsai sejak dari kecil, tapi masa tu kurang ilmu lagi.. tak tau cara macam mana nak mula..sekarang boleh belajar macam macam dari sifu-sifu bonsai..semua di hujung jari..kalau ikut masa kecik-kecik dulu banyak perdu pokok yang boleh dibonsaikan.

Jadi inila bonsai pertama yang AB cuba buat..ambil tunggul bunga kertas yang hampir mati dari rumah mertua AB (tahu 2011)..Ditukarkan tanahnya..potong akar dan angkat keatas..nampak macam kaki org pulak ( silat style )


Selepas sebulan  ( cuma siram dan letak di tempat redup ) sudah keluar tunas dan memanjang. Re-port kedalam pastu Bonsai.


Inilah Hasilnya setelah hampir setahun diberi perhatian..dulu semua orang kata, wat ape la AB tanam tunggul kayu.. Bukan cantik pun, menyemak je.. Tapi sekarang..